Lagi berita baik. Dengan pengumuman PM tadi tentang tambahan pakej rangsangan ekonomi bagi mengurangkan beban kewangan PKS:
1. Kerajaan menanggung sebahagian pembayaran gaji pekerja-pekerja syarikat.
2. Bantuan geran RM3,000 kepada syarikat PKS mikro yang berdaftar dengan LHDN (senarainya juga melalui PBT dan SSM – sebab itu penting berlesen dan berdaftar walaupun berniaga pasar malam)
3. Skim pinjaman perniagaan 0% tanpa faedah
4. Diskaun levi pekerja asing 25%
5. Potongan cukai kepada pemilik premis yang memberi diskaun sewa kepada pengusaha PKS. Premis milik kerajaan dan GLC memberi sewa percuma (sebahagian nya diskaun).
Serta lain-lain penikmatan seperti yang telah diumum – diskaun bil elektrik, pengecualian sumbangan KWSP dan HRDF.
Yang paling penting, bantuan ini dapat mengurangkan kesan rakyat kehilangan kerja akibat serangan Covid-19.
Nota: Apa itu PKS? Apa kategori PKS Mikro, Kecil dan Sederhana? Sila rujuk:
http://www.smeinfo.com.my/my/definisi-rasmi-pks