Dahulunya Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK Palong 11) Kini dikenali sebagai Pusat Internet 1 Malaysia Palong 11 (PI1M Palong 11).Pertukaran nama baru ini adalah sinonim dengan konsep “Satu Malaysia” yang sering disebutkan oleh rakyat Malaysia. Pusat Internet 1Malaysia Felda Palong 11 adalah salah satu daripada Pusat Internet di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM). Pusat Internet ini mula beroperasi sejak Tahun 2009 dan merupakan salah satu daripada Pusat Internet dari Fasa 1. Lokasi Pusat Internet ini adalah Bangunan JKKR Felda Palong 11 dan bersebelahan Balairaya JKKR Felda Palong 11 .
PI1M Palong 11 ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untlong 11.uk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer.Selain peranan yang dimainkan oleh PI1M Palong 11 ia juga bertindak sebagai Pusat Rujukan untuk laman-laman web seperti Pembayaran secara online, pembaharuan insuran, mendapatkan apa sahaja maklumat aktiviti kegemaran anda samaada resipi makanan, isu-isu semasa pada masa kini, mengiklankan produk, jual beli produk secara online dan pelbagai lagi kemudahan jalur lebar yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M Palong 11) Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti yang juga dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti 20 buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas(scanner), laminate, binding, fotostat dan kemudahan internet turut memainkan peranan yang sama penting. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd.
Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M Palong 11) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat serta mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan ICT khususnya dikawasan Luar Bandar. Sebanyak 12 PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA Komuniti untuk Fasa Perintis, 73 pusat untuk Fasa 1,52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan Pusat Internet 1Malaysia untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Sebagai persediaan Ke arah tersebut, setiap Pi1M diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan
Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pi1M sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:
1. E-PERKHIDMATAN KERAJAAN (E-GOVERNMENT)
2. E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING)
3. PENGUMPULAN DAN PERTUKARAN MAKLUMAT
4. PUSAT KOMUNIKASI
5. PUSAT PEMBANGUNAN APLIKASI BERDASARKAN PERKONGSIAN PERISIAN
6. PUSAT PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN