| Perkhidmatan Pintar | : Government Initiatives |
| Nama | : Jamal BIn Othman |
| Umur | : 43 Tahun |
| Ahli | : 2022 |
Latar Belakang
Jamal Bin Othman merupakan seorang usahawan dalam bidang pembaikan kenderaan motor dan mesin rumput yang dibimbing oleh NADI Felda Palong 11. Beliau telah menerima bimbingan sejak peringkat awal sehingga berjaya memperluaskan perniagaannya menggunakan kemudahan digital seperti Akaun Touch ‘n Go (TnG) perniagaan untuk urusan tanpa tunai.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum mendapatkan bimbingan daripada NADI, Jamal hanya menjalankan perniagaan secara manual. Urusan pelanggan dilakukan secara tunai dan catatan dibuat secara bertulis. Beliau belum menggunakan sebarang aplikasi digital bagi mengurus tempahan atau transaksi perniagaan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI
Setelah mengikuti kelas dan bimbingan daripada NADI Felda Palong 11, Jamal mula memahami kepentingan penggunaan ICT dalam mengurus perniagaan. Beliau kini menggunakan Touch ‘n Go Business Account bagi memudahkan urusan pembayaran tanpa tunai serta memantau transaksi dengan lebih sistematik.
Selain itu, beliau juga mengikuti kelas-kelas asas komputer dan aplikasi digital seperti Kelas Canva untuk mereka bentuk poster perniagaan serta Kelas Shopee bagi mempelajari strategi pemasaran digital.enjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan tambahan.
