mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2025 : KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR NADI X MAHIR FOTO

Perkhidmatan Pintar: NADI X Mahir ( Mahir Foto )
 Nama: ATHIRAH BINTI ABU
 Umur: 21 Tahun
 Ahli: 2021

Latar Belakang

Sejak di bangku sekolah, Athirah Binti Abu dikenali sebagai seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi dalam pelajaran. Beliau juga aktif menyertai aktiviti kokurikulum, terutamanya dalam bidang fotografi dan suntingan imej. Minat beliau terhadap bidang ini semakin mendalam apabila sering membantu rakan-rakan serta pihak sekolah dalam menghasilkan gambar dan video untuk aktiviti rasmi.


Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Sebelum mengenali inisiatif dan peluang yang ditawarkan oleh NADI Mahir Foto, kemahiran Athirah dalam fotografi hanya terbatas kepada penggunaan asas kamera dan telefon pintar. Beliau belum mahir dalam teknik suntingan gambar dan kurang pendedahan terhadap aplikasi profesional dalam bidang fotografi.


Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Selepas menyertai program NADI Mahir Foto, Athirah mula mempelajari teknik fotografi yang lebih profesional serta kemahiran menyunting menggunakan perisian moden. Hasil pembelajaran ini membolehkan beliau menghasilkan foto yang lebih berkualiti dan menarik. Kini, beliau sering menerima tempahan fotografi daripada rakan dan komuniti setempat, sekaligus menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan tambahan.