mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 : KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR NADI X E-SPORT

Perkhidmatan Pintar: NADI X E-Sport
 Nama: Danish Haqim Bin Mohd Askandar
 Umur: 19 Tahun
 Ahli: 2016

Latar Belakang

  • Sejak di bangku sekolah, Danish Haqim Bin Mohd Askandar dikenali sebagai seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi dalam pelajaran. Beliau juga aktif menyertai aktiviti kokurikulum, terutamanya dalam bidang E-Sukan. Bakat dan minat beliau dalam arena ini terbukti apabila beliau diberi kepercayaan untuk mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan E-Sukan secara kompetitif.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

  • Sebelum mengenali inisiatif dan peluang yang ditawarkan oleh NADI, penglibatan beliau dalam E-Sukan hanya terhad di peringkat sekolah. Namun, segalanya berubah selepas beliau menyertai program-program anjuran NADI x E-Sukan. Melalui pelbagai program seperti Program Kesedaran Mengenai E-Sukan dan Pertandingan Mobile Legends Peringkat Saringan NADI, beliau mula mengembangkan potensi dan memperluaskan jaringan dalam komuniti E-Sukan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

  • Kemuncak pencapaian beliau adalah apabila kumpulan beliau telah terpilih untuk mewakili NADI Felda Palong 11 ke peringkat negeri dalam Pertandingan Mobile Legends, satu pencapaian yang sangat membanggakan dan membuka lebih banyak peluang kepada beliau dalam bidang ini.