Utama

Pengguna 5G di seluruh negara sudah mencecah 53.35%, atau 18.19 juta langganan.

Ini pencapaian yang cukup baik dalam tempoh yang singkat, dan langkah besar dalam usaha kita membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.

Perkembangan positif ini antara yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang saya pengerusikan di Kementerian Komunikasi hari ini.

Selain itu, liputan 5G di kawasan berpenduduk juga telah mencapai 82.4%, memperkukuh lagi infrastruktur digital negara.

Ini pasti membuka lebih banyak peluang untuk inovasi, meningkatkan produktiviti, serta membawa kebaikan buat rakyat Malaysia.

Mesyuarat juga telah meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait halatuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua yang diterajui U Mobile, yang akan diumum tidak lama lagi.

Semoga segala usaha ini dipermudah.

#repost Fahmi Fadzli

📌 Facebook: https://www.facebook.com/share/p/14jtiPC7iF/
📌 Instagram: https://www.instagram.com/p/DFr7wW9Bxls/
📌 X (Twitter): https://x.com/fahmi_fadzil/status/1887073754360193091
📌 TikTok: https://www.tiktok.com/@fahmi.fadzil/video/7467865096551730439

SUMBER

Jun 2018 : E-Perniagaan

August 1, 2018 Laporan Aktiviti

 Jun 2018 : E-Perniagaan Tarikh : 23 Jun 2018 Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi           Lokasi : PI1M Felda Palong 11     Tujuan  Kelas […]

Baca lanjut →

Mei 2018 : E-Perniagaan

 Mei 2018 (3.30 pm – 5.30 pm) Kelas ini diadakan bertujuan membantu para pelajar untuk menggunakan internet sebagai medium pembelajaran seperti mencari maklumat pembelajaran dan latihan dalam talian.  Aktiviti seperti […]

Baca lanjut →

Mei 2018 : E-Pembelajaran

8 Mei 2018 (3.30 pm – 5.30 pm) Kelas ini diadakan bertujuan membantu para pelajar untuk menggunakan internet sebagai medium pembelajaran seperti mencari maklumat pembelajaran dan latihan dalam talian.  Aktiviti […]

Baca lanjut →

Multimedia : Suntingan Gambar

5 Mei 2018 (3.30 pm – 5.30 pm) Kelas ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menyunting gambar untuk pelbagai kegunaan seperti tugasan sekolah, promosi perniagaan kecil-kecilan dan […]

Baca lanjut →

Awareness : HFMD

July 24, 2018 Kesihatan

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya