Dalam era digital masa kini, keselamatan dalam talian menjadi keutamaan bukan sahaja untuk pelajar, tetapi juga warga pendidik. Bertepatan dengan usaha tersebut, MCMC Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan Kempen Internet Selamat Peringkat Daerah Port Dickson di SMK Datuk Haji Abdul Samad.
Program ini menghimpunkan 131 guru dan pelajar dari 11 buah sekolah menengah sekitar daerah Port Dickson. Peserta diberi pendedahan menekankan aspek literasi digital, keselamatan siber, dan etika dalam penggunaan teknologi selari dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebagai langkah memupuk kesedaran berterusan, wakil guru dan pelajar turut dilantik sebagai Ikon K-Dat, berperanan sebagai ejen perubahan dalam kalangan rakan sebaya. MCMC terus komited untuk memperkasa generasi muda agar lebih celik, beretika, dan bijak dalam mengurus cabaran dunia digital.
Sumber : MCMC