NADI FELDA PALONG 11 DI BAWAH SP TELEKOM.
TERLETAK DI BANGUNAN JKKR FELDA PALONG 11
NADI Felda Palong 11,
Sebelah Balairaya, Felda Palong 11,
73430 Gemas, Negeri Sembilan.
APA ITU NADI ?????
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan. NADI berperanan sebagai pusat sehenti dengan menyediakan capaian internet, kelas-kelas ICT dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital.
VISI DAN MISI NADI
VISI
- Menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai “One Stop Digital Centre” yang dapat dilestarikan ke arah membina kewibaan sosio-ekonomi setempat.
MISI
- Menyediakan kemudahan capaian internet dan informasi kepada komuniti
- Mewujudkan pengajaran dan latihan berkaitan teknologi komputer dan internet
- Melaksanakan program-program yang dapat membantu pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan komuniti
- Berperanan sebagai pusat pelbagai perkhidmatan di kawasan luar bandar
OBJEKTIF NADI
- Merapatkan Jurang Digital di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
JAWATAN |
NAMA |
NO TEL |
PENGURUS |
NUR SYAZEERA BINTI WAHID |
CALL /WSUP : 0183814565 |
PENOLONG PENGURUS |
MUHAMMAD SYAHIR BIN BAHROM |
CALL /WSUP : 0149703649 |
OPERASI NADI
Dibuka Setiap Hari (Kecuali Cuti Umum)
9.00 AM – 6.00 PM