JANUARI 2016
ASAS KOMPUTER (PENGENALAN KOMPUTER)
6 JAN 2016 – Kelas ini berlangsung selama 1 jam yang dihadiri dari Pelajar Literasi Antara perisian program ialah memberi tunjuk ajar dan panduan cara-cara menggunakan peralatan computer dan penggunaan menggunakan computer, Selain itu Peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT dikalangan masyarakat, samaada luar bandar mahupun bandar. Latihan ini melibatkan seramai 10 orang untuk menghadiri kelas pada bulan ini,ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan tenaga pengajar dan peserta.
BENGKEL & LATIHAN ASAS KOMPUTER MICROSOFT WORD
7 JANUARI 2016 – Tujuan program ini adalah untuk memahirkan menggunakan penggunaan Menu toolbar di Microsoft office(Word) untuk memudahkan pelajar untuk membentuk dan mengubahsuai dokumen atau menghasilkan satu dokumen yang baru. Kelas ini berlangsung selama 1 jam yang dihadiri seramai 10 orang pelajar dari pelajar baru. Antara perisian program ialah pengenalan Microsoft word dan melaksanakan satu dokumen menggunakan toolbar yang diajar.Selain itu ia dapat membuka minda kepada pelajar untuk menghasilkan dokumen yang kreatif untuk mencipta folio akan datang.Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan Asas Komputer dalam bidang ICT. Perlaksanaan aktiviti utama bagi program ini ialah pengenalan kepada Microsoft word dan ujian untuk latihan mencipta dokumen peribadi bagi para peserta
LATIHAN INTEL EASY STEP
7,8 & 15 JANUARI 2016– Latihan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT dikalangan masyarakat, samaada luar bandar mahupun bandar. Selain itu,latihan ini melibatkan seramai 15 orang untuk menghadiri kelas pada bulan ini,ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan tenaga pengajar dan peserta. Di dalam bengkel ini,para peserta didedahkan kepada 5 moduel.Selain itu,salah satu moduel terdiri salah dengan modul Intel Easy Step,para peserta didedahkan kepada lima subtajuk iaitu:- Memperkenalkan Komponen Komputer,Internet & Email,Word Prossing(Microsoft Words),Presentation(Microsoft Power Point),Spreadsheet(Microsoft Excel).Memperkenalkan perisian lambaran elektronik,mengatahui dengan lebih mendalam tentang lambaran hamparan dan mengenali setiap menu ikon pada lambaran hamparan. Membuat pelajar menggunakan lambaran hamparan dengan betul dan fungsi simbol agar dapat membantu pelajar dalam tugasan harian. Pelajar juga dikehendaki membuat latihan berpandukan “guide” yang telah diberikan.
LATIHAN ASAS KEUSAHAWANAN- APLIKASI INTERNET BLOGGER,WORDPRESS
16 & 17 JANUARI 2016 – Kelas ini berlangsung selama 2 jam yang dihadiri dari peserta wanita dan belia. Antara perisian program ialah memberi tunjuk ajar dan panduan cara-cara pendaftaran membuka akaun email,facebook,youtube dan logo. Para peserta di beri latihan untuk membina blog persendirian dengan menggunakan aplikasi internet untuk menghasilkan satu surat rasmi yang perlu di laksanakan dalam aktiviti ini,Latihan ini bertujuan supaya peserta faham mengenal tools-tools dan function di laman blog untuk mempromosikan barangan atau menjadi seperti diari kehidupan sendiri.Selain itu Peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT dikalangan masyarakat, samaada luar bandar mahupun bandar. Selain itu,latihan ini melibatkan seramai 12 orang untuk menghadiri kelas pada bulan ini,ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan tenaga pengajar dan peserta.
BENGKEL & LATIHAN ASAS KOMPUTER – MICROSOFT OFFICE 2010
8 & 15 JANUARI 2016 –Tujuan Program Ini adalah untuk memahirkan golongan sasaran iaitu Sekolah Menengah untuk mengetahui asas-asas Microsoft Office 2010.Kelas ini berlangsung selama 2 jam yang dihadiri seramai 10 Orang pelajar selama 3 hari berturut-turut.Antara Perisian program ini ialah memberi tunjuk ajar dan panduan cara-cara perisian di dalam Microsoft word
Diantara kebaikan dan kelebihan aktiviti ini adalah :-
- Membuka minda golongan sekolah menengah berkenaan dengan pengenalan dan mempelajari Microsoft office 2010
- Pelajar dapat membuat dokuman dengan menggunakan format micrsoft office word
- Mennigkatkan kemahiran pelajar dalam bidang ICT.
- Memberi pendedahan awal untuk membiasakan diri dengan micosoft word untuk mempermudahkan masa akan datang seperti membuat dokumen penting seperti surat rasmi atau resume.
Perlaksanaan aktiviti utama bagi program ini ialah pengenalan kepada Microsoft office word dengan menggunakan format yang ada.
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
6,7,16 & 17 JANUARI 2016 – Program “Klik Dengan Bijak” (KDB) ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan mengawal selia sendiri terhadap aktiviti di media elektronik. Selain itu, Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan juga untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi serta kandungan media baru (bijak internet). Antara penekanan yang diberikan adalah mengenai isu-isu utama seperti ketagihan internet, buli siber, ririko dalam talian dan kesahihan maklumat yang diperolehi. Di dalam program ini kami menekankan tentang tindakan yang betul dan salah, apakah kesan atau akibat yang mungkin berlaku dalam penggunaan internet dan keselamatan melayari internet. Program KDB di dahului dengan pengenalan kepada Pusat Internet 1Malaysia untuk memberi informasi serta perkhidmatan yang sedia ada di PI1M, penerangan dan serba sedikit info diberikan berkaitan fungsi PI1M malaysia. Selepas itu, para pelajar diberikan pendedahan tentang program “Klik Dengan Bijak” semasa melayari laman sesawang internet serta kesan jika gagal mengamalkanya yang dihadiri seramai 20 orang peserta.