MARCH 2016
ASAS MICROSOFT OFFICE WORD DAN EXCEL 2010
05,06,07 MARCH 2016 –Kelas ini berlangsung selama 2 jam yang dihadiri seramai 11 orang pelajar. Antara perisian program ialah Belajar cara memulakan dan menamatkan Mirosoft Word & Excel 2010,Berkenalan dengan pelbagai komponen skrin Mirosoft Word & Excel 2010, Microsoft Word dikategori sebagai perisian pemprosesan perkataan yang menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan untuk menghasilkan pelbagai jenis dokuman,Kebanyakan langkah-langkah asas yang selalu dilakukan oleh pengguna disediakan oleh Microsoft Word. Ia menjadikan Microsoft Word salah satu alat yang dapat membantu pengguna melakukan pelbagai tugasan yang ingin menghasilkan dokumen.Memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti setempat dan mendedahkan tujuan PI1M ditubuhkan serta matlamat PI1M.Menjelaskan perkhidmatan dan kemudahan ICT yang ditawarkan oleh PI1M kepada Masyarakat Setempat.
BENGKEL & LATIHAN ASAS KOMPUTER MICROSOFT WORD
12 & 13 MARCH 2016 – Tujuan program ini adalah untuk memahirkan menggunakan penggunaan Menu toolbar di Microsoft office(Word) untuk memudahkan pelajar untuk membentuk dan mengubahsuai dokumen atau menghasilkan satu dokumen yang baru. Kelas ini berlangsung selama 1 jam yang dihadiri seramai 10 orang pelajar dari pelajar baru. Antara perisian program ialah pengenalan Microsoft word dan melaksanakan satu dokumen menggunakan toolbar yang diajar.Selain itu ia dapat membuka minda kepada pelajar untuk menghasilkan dokumen yang kreatif untuk mencipta folio akan datang.Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan Asas Komputer dalam bidang ICT. Perlaksanaan aktiviti utama bagi program ini ialah pengenalan kepada Microsoft word dan ujian untuk latihan mencipta dokumen peribadi bagi para peserta
LATIHAN KEUSAHAWANAN- ADOBE PHOTOSHOP
20 & 21 MARCH 2016 – Latihan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT dikalangan masyarakat, samaada luar bandar mahupun bandar. Selain itu,latihan ini melibatkan seramai 6 orang untuk menghadiri kelas pada bulan ini,ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan tenaga pengajar dan peserta. Pelajar dapat mengikuti kelas dengan dilatih seperti:-Mengenali perisian Adobe Photoshop secara umumnya.Mempelajari panel-panel yang digunakan dalam Adobe Photoshop.Mempelajari teknik penggunaan Layer.Mempelajari teknik-teknik asas dalam penghasilan grafik seperti masking, filter,layer style dan clone.Mempelajari teknik-teknik penghasilan teks yang menarik seperti shadow dan warped text.Memahami secara amnya penggunaan Adobe Photoshop serta mampu menghasilkan imej grafik dan teks yang menarik.Pelajar dapat mengenal perisian Adobe Photoshop secara umumnya dan menghasilkan grafik yang dihasilkan dengan menggunakan Adobe Photoshop.
E-LEARNING – FOLIO MENGENAI SEJARAH
19 MARCH 2016 – Kelas ini berlangsung selama 1 jam yang dihadiri dari Pelajar Sekolah Menengah program ialah memberi tunjuk ajar dan panduan cara-cara mencari maklumat di dalam laman web pembelajaran dan car-cara membuat folio sekolah.Pembelajaran ini mengunakan aplikasi internet Wikipidia Dan Microsoft Word.
APLIKASI INTERNET – BLOGGER DAN FACEBOOK PAGES
27 & 28 MARCH 2016 – Kelas ini berlangsung selama 1 jam yang dihadiri seramai 10 orang pelajar baru dari sekolah menengah dan Rendah. Antara perisian program ialah memahirkan golongan pelajar untuk mendaftar blogger untuk memperluaskan barangan yang dijual di laman web. Antara Perisian program ini ialah membuka akaun gmail dan membuka akaun facebook dan blogger.Diantara kebaikan dan kelebihan aktiviti ini adalah :-Membuka minda golongan belia dan dewasa berkenaan dengan memperkenalkan laman web untuk promosikan barangan secara online.Pelajar dapat membuka akaun blogger masing-masingMennigkatkan kemahiran pelajar dalam bidang ICT.Memberi pendedahan awal untuk membiasakan diri mencari maklumat melalui internet di dalam bidang keusahawanan.Perlaksanaan aktiviti utama bagi program ini ialah pengenalan kepada membuka akaun email dan membuka blogger dan facebook.
LATIHAN INTEL EASY STEP
6,13,20 & 27 MARCH 2016– Latihan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT dikalangan masyarakat, samaada luar bandar mahupun bandar. Selain itu,latihan ini melibatkan seramai 15 orang untuk menghadiri kelas pada bulan ini,ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan tenaga pengajar dan peserta. Di dalam bengkel ini,para peserta didedahkan kepada 5 moduel.Selain itu,salah satu moduel terdiri salah dengan modul Intel Easy Step,para peserta didedahkan kepada lima subtajuk iaitu:- Memperkenalkan Komponen Komputer,Internet & Email,Word Prossing(Microsoft Words),Presentation(Microsoft Power Point),Spreadsheet(Microsoft Excel).Memperkenalkan perisian lambaran elektronik,mengatahui dengan lebih mendalam tentang lambaran hamparan dan mengenali setiap menu ikon pada lambaran hamparan. Membuat pelajar menggunakan lambaran hamparan dengan betul dan fungsi simbol agar dapat membantu pelajar dalam tugasan harian. Pelajar juga dikehendaki membuat latihan berpandukan “guide” yang telah diberikan.
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
06,13,20 & 27 MARCH 2016 – Program “Klik Dengan Bijak” (KDB) ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan mengawal selia sendiri terhadap aktiviti di media elektronik. Selain itu, Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan juga untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi serta kandungan media baru (bijak internet). Antara penekanan yang diberikan adalah mengenai isu-isu utama seperti ketagihan internet, buli siber, ririko dalam talian dan kesahihan maklumat yang diperolehi. Di dalam program ini kami menekankan tentang tindakan yang betul dan salah, apakah kesan atau akibat yang mungkin berlaku dalam penggunaan internet dan keselamatan melayari internet. Program KDB di dahului dengan pengenalan kepada Pusat Internet 1Malaysia untuk memberi informasi serta perkhidmatan yang sedia ada di PI1M, penerangan dan serba sedikit info diberikan berkaitan fungsi PI1M malaysia. Selepas itu, para pelajar diberikan pendedahan tentang program “Klik Dengan Bijak” semasa melayari laman sesawang internet serta kesan jika gagal mengamalkanya yang dihadiri seramai 20 orang peserta.