APRIL 2016
AKTIVITI E-PEMBELAJARAN SECARA ONLINE
09 & 10 APRIL 2016 – Kelas ini berlangsung selama 1 jam yang dihadiri seramai 10 orang pelajar.Tujuan program ini adalah untuk memahirkan golongan sasaran iaitu pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mencari maklumat melalui aplikasi pembelajaran di internet dan mengajar untuk mengetahui cara-cara untuk mengenal laman web pembelajaran secara online . Antara perisian program ialah memberi tunjuk ajar dan panduan cara-cara menyediakan cara penggunaan aplikasi secara online.Selain itu dapat membuka minda dengan maklumat dan perisian yang dipelajari di internet,ianye dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang ICT. Perlaksanaan aktiviti utama bagi program ini ialah pengenalan kepada enjin carian, Aktiviti mencari maklumat berdasarkan latihan sekolah yang di beri dan mengenalpasti laman-laman web E-kerajaan dan pembelajaran.
BENGKEL & LATIHAN ASAS KOMPUTER – MICROSOFT OFFICE 2010
02,03,09,10,16,17,23 7 24 APRIL 2016 –Tujuan Program Ini adalah untuk memahirkan golongan sasaran iaitu Sekolah Menengah untuk mengetahui asas-asas Microsoft Office 2010.Kelas ini berlangsung selama 2 jam yang dihadiri seramai 10 Orang pelajar selama 3 hari berturut-turut.Antara Perisian program ini ialah memberi tunjuk ajar dan panduan cara-cara perisian di dalam Microsoft word
Diantara kebaikan dan kelebihan aktiviti ini adalah :-
- Membuka minda golongan sekolah menengah berkenaan dengan pengenalan dan mempelajari Microsoft office 2010
- Pelajar dapat membuat dokuman dengan menggunakan format micrsoft office word
- Mennigkatkan kemahiran pelajar dalam bidang ICT.
- Memberi pendedahan awal untuk membiasakan diri dengan micosoft word untuk mempermudahkan masa akan datang seperti membuat dokumen penting seperti surat rasmi atau resume.
Perlaksanaan aktiviti utama bagi program ini ialah pengenalan kepada Microsoft office word dengan menggunakan format yang ada.
LATIHAN KEUSAHAWANAN- ADOBE PHOTOSHOP (EDIT PHOTO)
17 & 24 APRIL 2016 – Latihan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT dikalangan masyarakat, samaada luar bandar mahupun bandar. Selain itu,latihan ini melibatkan seramai 6 orang untuk menghadiri kelas pada bulan ini,ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan tenaga pengajar dan peserta. Pelajar dapat mengikuti kelas dengan dilatih seperti:-Mengenali perisian Adobe Photoshop secara umumnya.Mempelajari panel-panel yang digunakan dalam Adobe Photoshop.Mempelajari teknik penggunaan Layer.Mempelajari teknik-teknik asas dalam penghasilan grafik seperti masking, filter,layer style dan clone.Mempelajari teknik-teknik penghasilan teks yang menarik seperti shadow dan warped text.Memahami secara amnya penggunaan Adobe Photoshop serta mampu menghasilkan imej grafik dan teks yang menarik.Pelajar dapat mengenal perisian Adobe Photoshop secara umumnya dan menghasilkan grafik yang dihasilkan dengan menggunakan Adobe Photoshop.
APLIKASI INTERNET – BLOGGER DAN FACEBOOK PAGES
23 APRIL 2016 – Kelas ini berlangsung selama 1 jam yang dihadiri seramai 10 orang pelajar baru dari sekolah menengah dan Rendah. Antara perisian program ialah memahirkan golongan pelajar untuk mendaftar blogger untuk memperluaskan barangan yang dijual di laman web. Antara Perisian program ini ialah membuka akaun gmail dan membuka akaun facebook dan blogger.Diantara kebaikan dan kelebihan aktiviti ini adalah :-Membuka minda golongan belia dan dewasa berkenaan dengan memperkenalkan laman web untuk promosikan barangan secara online.Pelajar dapat membuka akaun blogger masing-masingMennigkatkan kemahiran pelajar dalam bidang ICT.Memberi pendedahan awal untuk membiasakan diri mencari maklumat melalui internet di dalam bidang keusahawanan.Perlaksanaan aktiviti utama bagi program ini ialah pengenalan kepada membuka akaun email dan membuka blogger dan facebook.
LATIHAN INTEL EASY STEP
03,10,17 & 24 APRIL 2016– Latihan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT dikalangan masyarakat, samaada luar bandar mahupun bandar. Selain itu,latihan ini melibatkan seramai 15 orang untuk menghadiri kelas pada bulan ini,ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan tenaga pengajar dan peserta. Di dalam bengkel ini,para peserta didedahkan kepada 5 moduel.Selain itu,salah satu moduel terdiri salah dengan modul Intel Easy Step,para peserta didedahkan kepada lima subtajuk iaitu:- Memperkenalkan Komponen Komputer,Internet & Email,Word Prossing(Microsoft Words),Presentation(Microsoft Power Point),Spreadsheet(Microsoft Excel).Memperkenalkan perisian lambaran elektronik,mengatahui dengan lebih mendalam tentang lambaran hamparan dan mengenali setiap menu ikon pada lambaran hamparan. Membuat pelajar menggunakan lambaran hamparan dengan betul dan fungsi simbol agar dapat membantu pelajar dalam tugasan harian. Pelajar juga dikehendaki membuat latihan berpandukan “guide” yang telah diberikan.
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
03,10,17 & 24 APRIL 2016- Program “Klik Dengan Bijak” (KDB) ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan mengawal selia sendiri terhadap aktiviti di media elektronik. Selain itu, Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan juga untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi serta kandungan media baru (bijak internet). Antara penekanan yang diberikan adalah mengenai isu-isu utama seperti ketagihan internet, buli siber, ririko dalam talian dan kesahihan maklumat yang diperolehi. Di dalam program ini kami menekankan tentang tindakan yang betul dan salah, apakah kesan atau akibat yang mungkin berlaku dalam penggunaan internet dan keselamatan melayari internet. Program KDB di dahului dengan pengenalan kepada Pusat Internet 1Malaysia untuk memberi informasi serta perkhidmatan yang sedia ada di PI1M, penerangan dan serba sedikit info diberikan berkaitan fungsi PI1M malaysia. Selepas itu, para pelajar diberikan pendedahan tentang program “Klik Dengan Bijak” semasa melayari laman sesawang internet serta kesan jika gagal mengamalkanya yang dihadiri seramai 20 orang peserta.