mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN OGOS 2025: PROGRAM REACH X KOMUNITI MADANI (SARINGAN KESIHATAN PERCUMA)

Tarikh: 01 Ogos 2025
 Masa: 9.00 Pagi – 4.50 Petang
 Lokasi: NADI Felda Palong 11
 Peserta: 60 orang

Tujuan :

  • Memberi akses mudah kepada pemeriksaan kesihatan asas kepada masyarakat tanpa sebarang bayaran.
  • Meningkatkan kesedaran awal tentang pentingnya pencegahan dan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti.
  • Menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti melalui penerapan amalan pemakanan sihat, senaman berkala dan penjagaan kesihatan mental.
  • Mewujudkan jaringan kerjasama yang berterusan antara agensi kerajaan, NGO, dan komuniti tempatan dalam usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat.
  • Mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat luar bandar dan golongan rentan seperti warga emas, ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah (B40).

Aktiviti Program/Kebaikan :

  • Saringan kesihatan percuma merangkumi pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, BMI dan kolesterol.
  • Khidmat nasihat dan kaunseling kesihatan secara langsung oleh petugas kesihatan bertauliah.
  • Pendedahan kepada pengetahuan kesihatan asas yang membantu peserta lebih peka terhadap tanda-tanda awal penyakit.
  • Pameran kesihatan dan pengedaran bahan pendidikan kesihatan kepada peserta.
  • Peluang kepada komuniti luar bandar untuk menerima rawatan dan maklumat kesihatan yang sukar diperoleh secara rutin.
  • Mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan penduduk setempat melalui penglibatan bersama dalam aktiviti kemasyarakatan.
  • Menggalakkan penglibatan belia dan sukarelawan dalam usaha memperkasakan kesihatan komuniti.
  • Mewujudkan komuniti yang lebih sihat, cakna dan bertanggungjawab terhadap kesihatan diri dan keluarga.

Gambar Disini