| Tarikh | : 16 Julai 2025 |
| Masa | : 03.30 Petang – 04.30 Petang |
| Lokasi | : NADI Felda Palong 11 |
| Peserta | : 1 orang |
Tujuan :
- Menangani kebimbangan ibu bapa bahawa memberi ‘label’ akan memberi kesan negatif — dan menjelaskan bahawa diagnosis bukan untuk menghukum, tetapi untuk memahami dan menyokong anak.
- Menjelaskan bahawa diagnosis tepat dan awal membuka akses kepada intervensi, terapi, dan sokongan khusus yang dapat meningkatkan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak .
- Membantu hadirin memahami langkah-langkah seterusnya selepas diagnosis—seperti sumber sokongan, cara memilih profesional, dan strategi pengurusan di rumah.
Aktiviti Program/Kebaikan :
- Penyampaian pertama oleh pakar: definisi autisme, mitos umum, dan manfaat diagnosis awal. Diselang dengan soal jawab secara langsung untuk menyokong pemahaman.
- Peserta dibahagikan ke dalam kumpulan kecil melalui breakout rooms untuk berbincang tentang situasi contoh — contohnya, bagaimana memberi penerangan diagnosis kepada anak atau ahli keluarga — diikuti sesi perkongisan bersama.
- Sesi terbuka mengalu-alukan persoalan dari peserta, dan Dr. Zasmani menjawab secara langsung. Semua soalan dikumpul untuk dijadikan dokumentasi soalan lazim (FAQ) sebagai rujukan selepas sesi.