mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN APRIL: 2025

NADI X DiLea: Bahasa Inggeris Tingkatan 4 April 2025
Tarikh: 11 April 2025
Masa: 03.30 Petang – 04.30 Petang
Lokasi: NADI Ulu Seperi
Peserta: 2 Orang

TUJUAN

  • Membantu pelajar membina keyakinan dalam menggunakan Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis melalui latihan yang berfokus.
  • Pelajar diperkenalkan kepada teknik menjawab soalan kertas Bahasa Inggeris mengikut format baharu serta diberi latihan berasaskan skema pemarkahan.
  • Fokus diberikan kepada aspek tatabahasa melalui aktiviti-aktiviti interaktif yang membantu pelajar mengelakkan kesalahan umum.

AKTIVITI:

  • Pelajar menghasilkan esei berdasarkan tema tertentu dan mendapat maklum balas serta penambahbaikan secara langsung daripada guru.
  • Pelajar membaca teks dan menjawab soalan pemahaman, kemudian membincangkan jawapan bersama guru untuk meningkatkan interpretasi teks.
  • Aktiviti interaktif ini dijalankan untuk memupuk semangat bersaing sambil menguasai kosa kata dan struktur ayat dalam suasana santai.

Galeri gambar