NADI X E-Sukan: Podcast Episod 11 (Mentaliti Juara) | |
Tarikh | : 08 April 2025 |
Masa | : 03.30 Petang – 04.30 Petang |
Lokasi | : NADI Felda Palong 11 |
Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN
- Kelas ini bertujuan membentuk pemikiran yang sihat dan berdisiplin dalam kalangan pelajar yang berminat dengan dunia e-sukan.
- Pelajar didedahkan kepada bagaimana pemain profesional mengurus tekanan, kekalahan dan kemenangan secara matang.
- Melalui perbincangan bersama pemain atau pakar, pelajar diberi inspirasi untuk membentuk identiti sebagai “juara” dalam dan luar permainan.
AKTIVITI:
- Pelajar mendengar Podcast Episod 11 bertajuk Mentaliti Juara, kemudian berbincang tentang nilai, strategi dan pengalaman yang dikongsi dalam episod tersebut.
- Pelajar berkongsi tafsiran mereka sendiri tentang maksud menjadi juara – dari sudut mentaliti, etika dan sikap – melalui sesi perbincangan secara interaktif.
- Pelajar menulis ringkasan atau refleksi peribadi tentang apa yang mereka pelajari daripada episod tersebut dan bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan atau permainan.
Galeri gambar